Skip to main content

Badminton

YAKEB terus santuni keperluan bekas atlet

yakeb

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) terus menyantuni bekas atlet kebangsaan yang pernah berjuang mengharumkan nama negara menerusi Skuad YAKEB Prihatin.

Pada 20 April lalu, Skuad YAKEB Prihatin menyerahkan kerusi roda elektrik baharu kepada bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng, sebagai sokongan bagi memudahkan pergerakan dan urusan hariannya.

Advertisement

Dalam lawatan berkenaan, R. Sharmendran (Karate), yang juga Ahli Pemegang Amanah YAKEB, dan R. Selvamuthu (Taekwondo), turut sama meluangkan masa menyantuni Lee Peng.

Hari ini, Skuad YAKEB Prihatin membantu membawa Lee Peng ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk temujanji bersama doktor pakar bahagian neurologi.

Badan itu akan terus melaksanakan pemantauan dan bantuan kebajikan bekas atlet negara mengikut keperluan semasa.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video