Skip to main content

Badminton

Yeoh Kay Bin gariskan langkah pertama kem perseorangan remaja negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Ketua jurulatih remaka lelaki kebangsaan, Yeoh Kay Bin, menekankan bahawa usaha membina semula pasukan perseorangan lelaki perlu dimulakan segera demi merapatkan jurang dengan pemain negara kuasa besar badminton dunia yang lain.

Kay Bin menegaskan pembangunan awal penting untuk mengekalkan jarak prestasi sambil menjamin kesinambungan bakat di peringkat senior.

Advertisement

Selepas memulakan tugasan pertama di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini, bekas pembimbing Lee Zii Jia itu mahu menilai kualiti atlet terlebih sebelum merancang strategi jangka panjang untuk pasukan remaja.

Kay Bin -- di samping jurulatih, Alvin Chew dan Goh Giap Chin -- ditugaskan menggilap 18 bakat yang berumur terdiri dari 15 hingga 18 tahun.

"Semua tahu bahawa tahap perseorangan lelaki negara sudah jauh berbanding sesetengah negara lain.

"Saya sukakan program ini dan saya terima (cabaran) ini.

"Kita kena mulakan sekarang dan hasilnya hanya boleh dilihat pada masa depan, kita tidak boleh berlengah lagi.

"Peringkat remaja lebih tertumpu kepada menggilap tahap kemahiran dan fizikal.

"Buat masa ini kita perlu cari pemain terbaik negara. Bukan cakap hasilnya boleh dilihat terutama dalam tempoh setahun dua.

"Mungkin hasil program ini boleh dilihat selepas tiga hingga empat tahun," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video