Skip to main content

Bola Sepak

Abdi Hassan terima dua tanggungjawab besar dalam tempoh dua minggu

selangor.jpg
Abdi Hassan memegang amanah besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih sementara -- dua minggu selepas dilantik sebagai pemangku penolong ketua jurulatih Selangor.

Kelab Lembah Klang itu mengesahkan perkembangan ini menerusi satu kenyataan rasmi ketika mengumumkan peletakan jawatan serta-merta oleh Nidzam Jamil. 

Abdi Hassan bukanlah nama asing dalam kem remaja Selangor apabila membimbing skuad B-23, namun sentuhan di peringkat senior belum terbukti. 

Dalam perkembangan lain, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan Gergasi Merah itu sedang mengintai untuk mendapatkan khidmat pengendali import.

   

Must Watch Video