Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, meminta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengkaji semula tarikh penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai, bulan depan, yang dilihat tidak menghormati sambutan Tahun Baru Cina.
Joo Ngan berkata Malaysia sebagai penganjur sepatutnya lebih sensitif mengenai tarikh penganjuran kejohanan tersebut.
Jelasnya, PKBM patut membuat keputusan lebih baik kerana tidak banyak kejohanan trek senior diadakan di Malaysia tahun ini.
Sehubungan itu, beliau meminta badan induk itu mengkaji semula tarikh yang sesuai.
"Tahun Baru Cina sangat penting, terutama pada hari pertama. Dalam perayaan semua kaum, hari pertama sangat penting.
"Tiba-tiba mereka buat 16 Februari, tidak tahu ia adalah sambutan bagi masyarakat Cina. Saya fikir, mereka sudah tahu," katanya.
Kejohanan itu akan bermula pada 16 Februari, iaitu hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, dan berakhir pada 20 Februari.
Sebanyak 22 negara akan mencabar kejohanan yang turut menawarkan mata ranking dunia, dengan Malaysia akan diketuai juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang.