Skip to main content

Tenis

Kejohanan Tenis Dubai: Djokovic atasi saingan sengit Machac

novak-djokovic.jpg
Novak Djokovic terpaksa berusaha keras sebelum melakar kemenangan ke-18 berturut-turut, di mana dia mengatasi saingan sengit Tomas Machac dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Dubai awal pagi tadi.

Djokovic, yang turut meraikan rekod minggu ke-378 sebagai pemain nombor satu dunia, terpaksa bergantung kepada penentuan tie-break set ketiga sebelum mengesahkan kemenangan 6-3, 3-6, 7-6 ke atas lawan dari Republik Czech itu.

Machac menduduki ranking ke-130 dunia tetapi jelas memberikan pelbagai masalah buat Djokovic, di mana dia meraih 10 mata break sepanjang perlawanan itu tetapi hanya dapat menyempurnakan tiga daripadanya.

Djokovic mendahului 4-1 dalam set penentuan sebelum Machac bangkit mengheret perlawanan ke tie-break tetapi juara Terbuka Australua itu tidak berdepan masalah ketika kedudukan terikat 6-6 untuk memenangi tujuh daripada lapan mata, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.

Djokovic, yang tidak pernah tewas sepanjang 2023, akan bertemu Tallon Griekspoor di peringkat seterusnya.
 

Must Watch Video