Saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026 kehilangan seri apabila tiada wakil negara berjaya lolos ke pusingan separuh akhir.
Seramai empat wakil negara yang turun dalam kempen suku akhir hari ini tersingkir.
Beregu lelaki negara yang terakhir turun selaku wakil negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 15-21,15-21, dalam tempoh 32 minit.
Sebelum itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa menamatkan kempen lebih awal selepas Ee Wei mengalami kecederaan pada lutut kiri.
#SingaporeOpen2026
XD | QF#MAS 🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 3️⃣
vs. #IND 🇮🇳 Dhruv Kapila-Tanisha Krasto 18-16, RET
⏱️ 24 mins
World No. 4 Chen-Toh were forced to retire from the match following an injury to Ee Wei while leading in the opening game. Get well soon, Toh! 🤍… pic.twitter.com/6W3gutFFBz— BAM (@BA_Malaysia) May 29, 2026
Gandingan muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, hampir mencipta kejutan, namun pengalaman membezakan apabila tewas kepada bekas beregu nombor satu dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, menerusi aksi rubber set, 21-19,17-21.
Malah, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, juga ditunjukkan jalan keluar oleh lawan elit dari Indonesia, ajar Alfian-Shohibul Fikri.