Kejohanan Karate Senior Asia 2026 menjadi medium penilaian akhir buat barisan kejurulatihan untuk memilih enam calon terbaik ke Sukan Asia Aichi-Nagoya September depan.
Pungutan pingat dalam pertandingan di Bali, Indonesia, pada 18 hingga 21 Jun depan menjadi penilaian terakhir sebelum enam wakil negara ke Sukan Asia -- yang merangkumi acara kata dan kumite -- dimuktamadkan Persekutuan Karate Malaysia.
"Jikalau mereka memenangi pingat (di Bali), peluang mereka ke Sukan Asia lebih cerah.
"Mereka yang dalam program Sukan Asia ini menunjukkan peningkatan yang bagus.
"Daripada segi fizikal sudah ada peningkatan dan prestasi mereka pula hanya akan dapat dipastikan dalam pertandingan," katanya.
Namun, malangnya, pemenang pingat emas kumite lelaki bawah 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou 2023, Muhammad Arif Afifuddin, kembali dibelenggu kecederaan.
"Selepas dua tahun tidak bertanding dan dalam pemulihan, dia kembali.
"Tetapi selepas lima bulan persiapan pada tahun ini, dia kembali tercedera ketika program di Vietnam.
"Jadi tinggal empat bulan lagi untukknya pulih," katanya.