Skip to main content

Golf

Akademi Golf PKNS serlah bakat pemain Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

Nama dan pengaruh Daichi Hayashi semakin mendapat perhatian dalam arena golf negara.

Lahir di Jepun tetapi membesar dan menimba ilmu di Malaysia menerusi penglibatan dalam Akademi Golf PKNS hingga menjadi salah seorang pemain amatur terbaik ketika ini.

Advertisement

Daichi menunjukkan kematangan dalam permainannya apabila berjaya menutup jurang score ketika beraksi dalam PKNS Selangor Masters 2026 minggu lalu.

Ternyata sokongan berterusan yang diterima Daichi menjadikan dirinya pemain yang jauh lebih baik.

Terbaru, Kelab Golf Seri Selangor menandatangani dua pemain berkaliber Allycia Gan serta Hayashi sebagai duta kelab dan menyertai keluarga Kelab Seri Selangor.

Allycia yang merupakan pemain profesional memiliki pengalaman dan pencapaian membanggakan di peringkat Asia, manakala Daichi merupakan produk kebanggaan Akademi Golf PKNS dan kini muncul salah satu pemain amatur terbaik di rantau ini.

Pada usia 15 tahun, Daichi mengecapi pelbagai kejayaan antaranya muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2024 selain menjuarai Selangor Junior Masters, sekali gus meraih slot merit beraksi dalam PKNS Selangor Masters 2026.

"Saya amat berbangga untuk mewakili mereka. Ini tahun keempat untuk menyertai acara berpasukan.

"Tahun lalu saya menikmati permainan yang baik dalam beberapa hari, namun tahun ini prestasi saya tidak begitu bagus.

"Akademi Golf PKNS memberi ruang kepada pemain muda untuk terus meningkat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Must Watch Video