Skip to main content

Bola Sepak

Ambil masa 9 tahun tewaskan lawan di tempat sendiri

Seoul

Gergasi Korea Selatan, FC Seoul, akhirnya mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Jeonbuk 1-0 di laman sendiri buat kali pertama dalam sembilan tahun.

Kemenangan itu disaksikan oleh 34,000 peminat yang hadir, sekali gus tidak mensia-siakan peluang keemasan melihat pencapaian yang dinanti-nantikan itu.

Advertisement

Bayangkan, selama sembilan tahun Seoul tidak pernah menang menentang Jeoubuk di tempat sendiri.

Dan, akhirnya perkara itu tiba menerusi jaringan Patryk Klimala pada detik akhir yang mencemaskan iaitu minit ke-95. Wisel penamat dibunyikan tiga minit kemudian menandakan saat yang paling besar buat para pemain Seoul.

Ketika ini, Seoul menduduki tempat pertama K League 1 dengan pungutan 16 mata sambil diekori rapat Ulsan HD, sementara Jeoubuk berada di tempat ketiga.

Must Watch Video