Skip to main content

Paralimpik

Atlet para berpeluang jana pendapatan sebagai usahawan

j

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin merujuk kepada kolaborasi bersama Crux Institute dalam usaha membuka peluang buat atlet para negara menjadi usahawan demi menjana lebih pendapatan.

Sebelum ini banyak persoalan mengenai nasib barisan atlet para selepas bersara dan Megat berharap D Shahriman berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat bantu kehidupan mereka jika ada perkara terjadi kepada karier sebagai atlet.

"Mereka bukan sahaja dilatih sebagai atlet malah usahawan juga.

"Kami akan lancarkan kios kopi dalam masa terdekat, setiap atlet (terpilih) akan dilatih selama 14 hari. Walaupun atlet perlu mengikuti program kebangsaan, tetapi ia boleh diteruskan oleh ahli keluarga dan peruntukan diberikan kepada atlet para.

"Kami nak pastikan ketika pencen (contohnya) ada pendapatan lain yang boleh bantu mereka.

"Setakat ini 40 orang dahulu dan saya juga sasarkan 2,000 atlet para lagi yang di luar program. Saya akan dapat peruntukan sewajarnya untuk mereka juga.

"Insya-Allah Tiada atlet yang akan tercicir," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video