Skip to main content

Bola Sepak

Balas 'pantun' Bellingham, Lamine Yamal tak henti-henti 'bahan' Real Madrid

Yamal

Bintang Barcelona, Lamine Yamal, nampaknya tidak berhenti-henti menyindir Real Madrid selepas pasukannya mengesahkan kejuaraan LaLiga dengan menewaskan seteru tradisi itu 2-0 dalam pertembungan El-Clasico di Camp Nou awal pagi semalam.

ketika pertembungan Clasico di Santiago Bernabeu pada Oktober lalu, Barca tewas 1-2 kepada Madrid dalam aksi liga berkenaan dan tidak lama selepas perlawanan itu, bintang Madrid, Jude Bellingham, yang menjaringkan gol dalam pertemuan berkenaan, membuat satu hantaran media sosial dengan kapsyen "Talk is cheap, Hala Madrid forever (Cakap tiada guna, Hala Madrid selamanya)".

Advertisement

Sebaik Barca memperoleh kemenangan terbaru itu, Yamal seakan-akan melunaskan dendamnya yang terbuku apabila menggunakan kapsyen sama "talk is cheap", yang dilihat sebagai sindiran buat Bellingham dan Madrid.

Dalam satu video yang tular, Yamal dilihat sekali lagi 'membahan' Madrid ketika meraikan kejayaan pasukannya menjuarai LaLiga apabila dilihat mengibarkan jersi berwarna Barca (merah dan biru) dengan tulisan "Thanks God I’m not Madridista" (Syukur saya bukan Madridista).


Video:
 

 

 

Must Watch Video