Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni Awang raih emas acara pecut elit lelaki

nb

Selepas dikejutkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin elit lelaki akhir semalam, Datuk Azizulhasni Awang kembali mempamerkan kayuhan bertenaga dengan muncul juara pecut elit lelaki di Kejohanan Trek Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Nilai, hari ini.

Selain Azizul, Nurul Izzah Izzati juga terpaksa berhempas pulas sebelum merangkul pingat emas bagi acara pecut elit wanita final itu.

Dalam perlumbaan itu menyaksikan The Pocket Rocketman nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya menewaskan Mohd Akmal Nazimi dari Johor dengan catatan 10.231s (saat) pada perlumbaan pertama dan 10.212s pada perlumbaan kedua.

Azizul tiada masalah mendominasi kedua-dua perlumbaan akhir pecut ini sekali gus membuktikan dirinya sememangnya berada di prestasi tersendiri,  antara pelumba yang memiliki stamina optimum selepas bertarung hebat pada aksi final keirin elit semalam.

"Semestinya semalam berakhir dengan perak dalam keirin dan hari ini mahu melakukan dengan baik, semalam 80 mata dan hari ini 10 mata kerana sistem mata tahun ini unik sedikit." katanya.

Manakala, acara sprint elit wanita akhir pula menyaksikan Nur Alyssa Mohd arid memberikan saingan sengit kepada olimpian paris 2024, Nurul Izzah Izzati, namun pengalaman memihak The pocket rocket woman itu apabila kembali bangkit untuk merangkul emas acara tersebut.

"Untuk tahap keyakinan dalam trek saya berani tetapi perlu perbaiki lagi. Saya harap mampu lakukan yang terbaik untuk memecahkan rekod 'personal best' saya." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video