Skip to main content

Sepak Takraw

Cantik! Jersi terbaru pasukan Malaysia sempena Piala Dunia

PSM

Siap sedia kehangatan Piala Dunia ISTAF Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang akan berlangsung pada 16 hingga 23 Mei ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL).

Dalam satu majlis emperkenalkan para pemain yang akan mewakili negara, skuad sepak takraw kebangsaan kali ini menerima sentuhan daripada jenama sukan terkemuka dunia, Adidas, untuk kelengkapan jersi menghadapi kejohanan berprestij itu.

Advertisement

Dalam masa sama, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, meletakkan sasaran anak buahnya melangkah ke final bagi tiga kategori, selain mahu mempertahankan kejuaraan acara regu dan berpasukan.

Malaysia dijangka mendapat permulaan mudah untuk melepasi pusingan awal acara regu apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Jepun.

Sementara itu, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu diletakkan dalam Kumpulan B bagi acara berpasukan bersama India dan Myanmar. 

Must Watch Video