Skip to main content

Bola Sepak

SMK Shah Alam mahu kekal momentum kemenangan, SMK Ibrahim Fikri hidupkan peluang buru slot suku akhir

SMK Shah Alam mahu kekal momentum kemenangan, SMK Ibrahim Fikri hidupkan peluang buru slot suku akhir

Saingan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 dengan rakan strategik 100PLUS terus menyajikan aksi menarik apabila lapan lagi perlawanan berlangsung pada Sabtu, menyaksikan beberapa pasukan berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar utama untuk ke peringkat suku akhir.

Dalam Kumpulan A, SMK Shah Alam mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TUTAR) untuk terus merapatkan kedudukan dalam kelompok atas.

Selaku tuan rumah, SMK Shah Alam mendahului 3-1 di babak pertama hasil jaringan Khairunnas Aulia, Muhammad Danish Irfan dan Muhammad Ammar Mohd Solleh. SMK TUTAR cuba bangkit menerusi Muhd Nur Qauthar Norkhairy. Muhd Aqiff Naufal Mohd Syahru terus merapatka jurang 2-3 untuk SMK TUTAR namun usaha itu gagal untuk mengekang tiga mata milik skuad kendalian Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

“Permainan kami kurang baik kerana lambat mencari tempo perlawanan dan melakukan kesilapan mudah.

“Dengan kualiti dan taktikal, kita boleh kekal dominan untuk raih tiga mata pada perlawanan seterusnya,”kata Ekhsan

Pendahulu kumpulan, SMK Mutiara Impian, turut meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan SMK Mergong 2-0, manakala SMK Gunung Rapat menundukkan SMK Tabuan Jaya 1-0.

Selepas tiga perlawanan, SMK Mutiara Impian kekal menerajui Kumpulan A dengan tujuh mata, diikuti SMK Shah Alam dan SMK Gunung Rapat yang masing-masing mengumpul enam mata.

Dalam Kumpulan B, hanya satu perlawanan berlangsung menyaksikan SMK Taman Desa Skudai B14 B berpesta gol apabila membelasah SMK Mutiara 10-0. Kemenangan besar itu meletakkan SMK Taman Desa Skudai B14 B di tangga teratas kumpulan menerusi kelebihan jaringan gol, berkongsi tiga mata bersama SMK Seri Titiwangsa.

Saingan Kumpulan C pula berlangsung sengit apabila SMK Seri Kota menewaskan SMK Tun Hussien Onn 2-1, manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Akademi Mokhtar Dahari B13.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, SMK Taman Desa Skudai mempamerkan persembahan paling meyakinkan apabila membelasah SMK Datuk Peter Mojuntin 5-0 untuk mengekalkan rekod kemenangan sempurna.

Keputusan itu menyaksikan SMK Taman Desa Skudai dan SSTMI berkongsi enam mata, namun SMK Taman Desa Skudai mendahului carta berdasarkan kelebihan jaringan gol, diikuti SMK Seri Kota di tangga ketiga dengan lima mata.

Dalam Kumpulan D, gol tunggal Nik Muhammad Zulhairy Nik Mohd Zulhusny  memastikan SMK Ibrahim Fikri mencatat kemenangan 1-0 ke atas SMK Seberang Temerloh sekaligus merupakan tiga mata pertama buat skuad kendalian Izzat Iskandar Farisa selepas dua perlawanan.

“Tiga mata yang kami bawa pulang adalah cukup berharga memandangkan kami telah tewas pada perlawanan pertama dan kemenangan ini akan jadi pemangkin semangat untuk perlawanan seterusnya dan layak ke suku akhir,”kata Izzat Iskandar

Satu lagi perlawanan Kumpulan D, Akademi Mokhtar Dahari B14 terus mempamerkan prestasi meyakinkan apabila menewaskan SMK Kampong Chengal 3-1.

Kedudukan semasa Kumpulan D menyaksikan Akademi Mokhtar Dahari B14 dan SMK Bukit Nenas berkongsi enam mata, namun Akademi Mokhtar Dahari B14 berada di tangga teratas berdasarkan perbezaan jaringan. SMK Putera dan SMK Ibrahim Fikri pula masing-masing mengumpul tiga mata untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan suku akhir.

TAMAT

Keputusan Perlawanan Minggu 3

Kumpulan A
SMK Mutiara Impian 2–0 SMK Mergong
SMK Shah Alam 3–2 SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
SMK Gunung Rapat 1–0 SMK Tabuan Jaya

Kumpulan B
SMK Taman Desa Skudai B14 B 10–0 SMK Mutiara

Kumpulan C
SMK Seri Kota 2–1 SMK Tun Hussien Onn
SSTMI 2–1 Akademi Mokhtar Dahari B13
SMK Taman Desa Skudai 5–0 SMK Datuk Peter Mojuntin

Kumpulan D
Akademi Mokhtar Dahari B14 3–1 SMK Kampong Chengal
SMK Ibrahim Fikri 1–0 SMK Seberang Temerloh

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video