Selepas dua edisi berturut-turut kandas di tempat kelima, Terengganu Marvels, kembali dengan nafas baharu dalam saingan CelcomDigi Netball Super League (NSL) dengan membawa masuk dua bintang antarabangsa dari Namibia dan Malawi untuk memecah dominasi dan menembusi kelompok tiga terbaik.
upsot cornelia mupenda / pertahanan import terengganu marvels
Advertisement
"Secara jujurnya pasukan ini memiliki semua aspek yang diperlukan untuk bersaing dalam kejohanan.
"Mungkin Marvels kekurangan semangat berjuang. Inilah tujuan kehadiran kami untuk membantu pasukan ini.
"Ia, adalah cabaran baru untuk saya selepas bertanding dalam Liga Singapura.
"Setiap negara memiliki pendekatan berbeza.
"Konsistensi adalah kunci utama dan jangan mudah berhenti," kata pertahanan, Cornelia Mupenda.
Mampukah sentuhan import ini menjadi pembeza, atau sekadar menambah warna dalam perjuangan Terengganu Marvels musim ini?