Sekembali dari melanjutkan pelajarannya di United Kingdom, bintang olahraga Pulau Pinang, Melissa Choong, berharap peluang membarisi skuad pelapis lompat tinggi kebangsaan akan menjadi kenyataan.
Ketika ini, misi Melissa adalah untuk cuba mencapai tahap seniornya, Nurliyana Kamaruddin, yang berada dalam fasa akhir karier dengan usianya sudah mencecah 35 tahun.
Advertisement
Melissa juga meletakkan 2026 sebagai tahun untuk mendapatkan catatan peribadi terbaiknya, dengan sekurang-kurangnya melebihi ketinggian 1.70 meter (m).
"Tekanan yang dimaksudkan adalah bagaimana untuk memperbaharui catatan saya.
"Saya mahu melepasi 1.70m tahun ini dan layak ke Sukan SEA tahun hadapan.