Skip to main content

Berbasikal

Dari velodrom ke layar perak, perjalanan hidup Azizulhasni Awang diabadikan dalam dokumentari The Pulse

awang

'Dari velodrom ke layar perak'

Olimpian negara, Datuk Azizulhasni Awang, sudah memulakan penggambaran dokumentari bertajuk The Pulse selepas menamatkan Kejohanan Berbasikal Piala Dunia UCI 2026 di Velodrom Nilai dengan mencipta sejarah tersendiri.

Advertisement

Faktor kepenatan jelas sekali bukan penghalang buat jaguh berbasikal trek negara itu untuk terus komited, lebih-lebih lagi selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan merangkul emas acara keirin dalam kejohanan berkenaan.

"Pertama kali di Malaysia, sebelum ini hanya ada dokumentari dan kali ini filem dokumentari serta akan masuk pawagam dan platform penstriman antarabangsa, itu rancangannya.

"Jadi hari ini baru hari pertama bermulanya pengambaran bermula watak penting, pagi tadi saya lakukan pengambaran di rumah mereka.

"Siapa tahu akan ada filem nanti, jika misi dokumentari ini Berjaya, mungkin akan ada sambungan ke filem pula." kongsinya.

Dokumentari yang mengisahkan perjalanan hidup dan perjuangannya itu dijangkakan disiarkan menerusi platform penstriman antarabangsa pada suku ketiga tahun ini.

The Pulse yang bermaksud ‘Nadi’ melambangkan semangat juang Azizul yang digelar The pocket rocketman dengan semangat juang yang tidak pernah padam, walaupun pernah berdepan cabaran masalah jantung.

Topik Berkaitan

Must Watch Video