Skip to main content

Olahraga

First time mom, perasaan bercampur baur

AA

Mom To Mom, Dapat Keputusan Kehamilan Memang Menangis Ke?

Jawapannya : Ye betul, terutama sekali untuk Mom yang trying to conceive (TTC).

Pada Ahad, ratu pecut negara Zaidatul Husniah  atau lebih mesra dengan panggilan Adeq berkongsi di laman media sosial tentang fasa baru dirinya bersama suami tercinta - iaitu menanti kehadiran cahaya mata sulung.

Dalam perkongsian itu, Adeq tidak mampu menahan air mata ketika melakukan ujian kehamilan di rumah, dan juga menunjukkan perbualannya bersama suami menerusi hantaran Whatsapp ketika memperoleh keputusan positif.

Sejujurnya saya faham perasaan itu. Gembira dan takut dengan seribu satu soalan bermain di fikiran - mampukah aku menjadi ibu terbaik? Cukup bersediakah aku nak membesarkan seorang anak? Dah kembali bekerja nanti, siapa nak jaga baby?

Adeq, tarik nafas panjang. Percayalah - Adeq akan jadi ibu yang hebat dan kami semua tak sabar nak tengok Adeq jadi ratu hati si kecil pula nanti.

Pelbagai ucapan tahniah diterima Adeq di ruangan komen daripada atlet negara termasuk Intan Serah Anis Amira Rosidi serta Shireen Vallabuoy.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Related Topics

Must Watch Video