Atlet angkat berat negara, Hafizuddin Roslin, cemerlang membutirkan pingat emas keempat negara dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila mengungguli acara angkat berat B88kg lelaki di SEC Armadillo sebentar tadi.
Turun dalam penampilan pertamanya, Hafizuddin cemerlang melakukan catatan 162kg dalam angkatan ketiga acara snatch dan 183kg dalam acara clean and jerk untuk mengumpulkan catatan keseluruhan 345kg, sekali gus memecahkan rekod baru temasya.
Dia juga memperbaharui rekod kebangsaan 160kg bagi acara snatch yang dilakukannya dalam Sukan SEA Thailand hujung tahun lalu.
Atlet New Zealand, Cameron McTaggart, muncul pemenang pingat perak dengan angkatan keseluruhan 338kg manakala wakil Scotland, Angus Doig, pula memenangi gangsa dengan 309kg.
Ia merupakan emas keempat Malaysia dalam temasya kali ini selepas Aniq Kasdan (B61kg), Aznil Bidin (B65kg) dan Erry Hidayat (B79kg) turut muncul juara dalam kategori masing-masing.