Skip to main content

Bola Sepak

Imigresen impi kelompok lima pasukan terbaik

Imigresen impi kelompok lima pasukan terbaik

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Imigresen FC, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, mencabar pasukannya untuk menamatkan kempen Liga Super musim ini dengan nota kemenangan tatkala melayani kunjungan Melaka FC pada Sabtu.

Dia percaya dengan momentum positif lima perlawanan terakhir tanpa tewas, skuad kendalian Yusri Che Lah itu mampu memungut tiga mata sekaligus berpeluang untuk mengakhiri saingan di kelompok lima pasukan terbaik.

Advertisement

Syed Mahadi turut menyeru seluruh peminat bola sepak di sekitar Perlis & Kedah agar dapat turun beramai-ramai ke Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bagi bersama-sama berikan sokongan padu buat 'The Mighty Tigers' selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah yang disediakan pihak pengurusan.

Untuk rekod, selepas mengharungi 23 perlawanan, Imigresen FC kini menghuni kedudukan keenam Liga Super dengan kutipan 31 mata hasil daripada sembilan kemenangan, empat kali seri serta 10 kali tewas.

Topik Berkaitan

Must Watch Video