Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) tampil memberi penjelasan berhubung polemik dalam Liga Belanda yang melibatkan beberapa pemain warisan Indonesia berkaitan isu pasport atau kewarganegaraan.
Ketua Pasukan Kebangsaan, Sumardji, menegaskan bahawa semua pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam Eredivisie telah melalui proses naturalisasi mengikut peraturan yang sah dan menepati syarat daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Advertisement
Katanya, isu pasport yang melanda bersifat teknikal dan berkaitan urusan pentadbiran di Belanda, serta tidak menjejaskan status mereka sebagai pemain kebangsaan Indonesia.
Ketika ini, sekurang-kurangnya empat pemain Indonesia terlibat dalam isu tersebut iaitu Dean James, Nathan Tjoe-A-On, Justin Hubner dan Tim Geypens, yang beraksi dalam Eredivisie.
Sumardji turut menegaskan bahawa semua pemain berdarah campuran berketurunan yang telah mewakili Indonesia, termasuk nama-nama tersebut, sudah sah sebagai Warganegara Indonesia (WNI).
🚨 UPDATE 🚨
PSSI kemarin (3/4) akhirnya keluarkan rilis resmi terkait status penggawa Timnas Indonesia yang bermain di Liga Belanda yang saat ini terdapat polemik.
Pemain-pemain yang dimaksud diantaranya:
• 🇮🇩Justin Hubner (22/DF) ➡️ 🇳🇱Fortuna Sittard (1st tier)
• 🇮🇩Dean… pic.twitter.com/S281wGcs2w— Indos FC (@IndosFC) April 4, 2026
Mereka sedang digantung sementara daripada beraksi berkenaan pendaftaran kewarganegaraan.
Sebelum ini, tular laporan mengenai beberapa pemain Sang Garuda masih didaftarkan selaku pemain Belanda berkemungkinan tidak melepaskan pasport asal meskipun sudah mewakili Indonesia.
Berdasarkan undang-undang tempatan Eredivisie, seseorang pemain kelahiran Belanda yang sudah mempunyai kewarganegaraan yang lain (meskipun berdarah warisan) akan kehilangan status selaku warganegara Belanda kerana mengikuti perlembagaan negara itu.
Jadi, mereka perlu diklasifikasikan sebagai pemain import kerana tertakluk kepada syarat, permit kerja, visa dan penstrukturan gaji yang ditetapkan.
Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) telah menjatuhkan hukuman sementara apabila tidak membenarkan pemain berkenaan diturunkan kerana belum jelas isu kerakyatan.