‘Bukan hanya berani atas gelanggang, malah mengetuai bacaan zikir di surau.
Tangkapan layar media sosial menyaksikan bekas juara dunia ONE Featherweight Muaythai, Rodtang Jitmuangnon, mengalunkan zikir usai menunaikan solat tarawih bersama ahli keluarganya.
Advertisement
Video tersebut mendapat perhatian global apabila ramai memuji wakil Thailand itu mengetuai bacaan zikir di sebuah surau.
Kali terakhir Rodtang bertempur dalam acara rasmi pada ONE 172 Kickboxing di Saitama, Jepun Mac tahun lalu dengan menumbangkan tuan rumah, Takeru Segawa, dalam masa 15 saat (s) sahaja.
Video:
@malaysiatribune Video Rodtang melakukan aktiviti pada malam Ramadan bersama ahli keluarganya dirakam isterinya, Aida Looksaikongdin dan dimuat naik dalam laman Facebooknya. #malaysiatribune #videoreelsシ #trending ♬ original sound - malaysia tribune