Skip to main content

Futsal

Kemas kini: Indonesia naik 10 anak tangga, ranking ke-14 dunia

Indonesia

Skuad futsal lelaki Indonesia memperbaharui kedudukan dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila menaiki 10 anak tangga, sekali gus meletakkan negara itu bersama pasukan handalan dunia yang lain.

Kini, hanya Indonesia dan Thailand kekal selaku kuasa besar futsal Asia Tenggara (ASEAN).

Advertisement

Dalam kemas kini terbaru, Sang Garuda sah berada di tempat ke-14 dunia di belakang Croatia dan Jepun, semakin menghampiri kelompok 10 terbaik dunia.

Ia, selepas musim penuh menakjubkan dengan pencapaian terbaik meraih gelaran naib juara pada Piala Asia menyaksikan mereka tewas kepada juara bertahan, Iran.

Tidak dilupakan, skuad kendalian Hector Souto itu juga berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA Thailand tahun lalu.

Bagi keseluruhan Asia, Indonesia berada di tempat keempat. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video