Skip to main content

Berita Sukan Am

Kidsnergy Melaka semarakkan sukan kekeluargaan

ssss

Pengasas Bersama Kidsnergy, Goh Liu Ying, menyifatkan sambutan menggalakkan hampir 700 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak sebagai petanda positif terhadap misi yang dibawa dalam Kidsnergy Melaka.

Larian sejauh 2.4 kilometer di Tarcor Park yang bermula seawal 8 pagi itu secara tidak langsung mencerminkan usaha menjadikan aktiviti sukan sebahagian daripada budaya kekeluargaan kian mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lebih istimewa, edisi kali ini turut membawa makna tersendiri apabila Melaka, negeri kelahiran Liu Ying, dipilih menjadi tuan rumah pertama selepas penjenamaan semula.

"Ini kampung halaman saya.

"Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak bermakna mereka mengambil berat mengenai kesihatan.

"Bersukan bersama ibu bapa merupakan satu aktiviti yang bermakna," katanya di Nadi Weekend.

Seiring dengan nilai kekeluargaan yang menjadi terasnya, Redbox Malaysia turut menyokong Kidsnergy dengan membantu membuka peluang penyertaan buat lebih ramai kanak-kanak termasuk daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

"Kami mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai sukan dan acara kekeluargaan sebegini," kata  Ketua Pegawai Eksekutif, Terry Swee.


"

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video