Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia perlu lebih pelaburan dalam akademi -- Mesut Ozil

Ozil

Juara Piala Dunia 2014 bersama Jerman, Mesut Ozil, berpandangan Malaysia perlu memiliki lebih pelaburan dalam akademi seandainya mahu menjadi antara pasukan terbaik dunia.

Tambahnya, tanggungjawab dalam memperkasakan pembangunan bola sepak negara bukan hanya terletak di bahu pasukan kebangsaan tetapi semua pihak perlu memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat itu.

Advertisement

Peningkatan akademi ke tahap terbaik juga dapat meningkatkan mutu bola sepak negara dan secara tidak langsung memberikan kesan positif terhadap liga tempatan.

"Apa yang penting dalam bola sepak, kita memerlukan pelaburan yang baik dalam akademi," katanya kepada wartawan Astro Aerna, Kamal Nizam.

"Golongan muda ini amat penting dan anda perlu membawa perkembangan mereka dengan mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa pendidikan yang baik.

"Saya percaya ia akan membawa bola sepak Malaysia ke tahap dunia."

Must Watch Video