Selepas dua kali menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, pelumba AMI Suzuki Motorsport, Adam Norrodin, menaruh harapan memecahkan dominasi di depan menjelang pusingan ketiga Kejuaraan MAM Superbike Malaysia 2026.
Jelas pelumba kategori 1000cc berkenaan, pengubahsuaian pelarasan jentera serta persiapan fizikal diperlukan bagi merealisasi hasrat itu termasuk menurunkan berat badan hampir 3kg dalam tempoh dua minggu.
"Saya melakukan perubahan yang sangat drastik dengan menurunkan berat badan di samping latihan," katanya di Nadi Arena.
Meskipun konsisten bersaing dalam kelompok podium bersama rakan sepasukan, Azlan Shah Kamaruzaman, Adam percaya penyelesaian terhadap halaju maksimum mampu membantu misinya mencabar kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.
"Kami perlu atasi kelemahan halaju maksimum," katany lagi.