Ketika rakaman Meriah Raya Bersama Nadi, saya dan rakan setugas Zaki Zainal, berpeluang menemu bual Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, selaku salah seorang tetamu di rancangan edisi Aidilfitri tersebut.
Salah satu soalan cepumas yang diajukan adalah “sempat lagi ke nak dapat merchandise Sukma Malaysia (Sukma), YB?”
Advertisement
Umum mengetahui, barangan kenangan Sukma Selangor kali ini menjadi rebutan 'collector' di luar sana disebabkan rekaannya yang unik dan simbolik dengan maskot Selangor, Helang Putih.
Menyentuh tentang perkembangan venue acara, Pusat Akuatik Darul Ehsan sudah 40 peratus siap seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 13 Mac lalu
Tetapi berita positif dikongsikan Najwan apabila menyatakan setakat ini sudah 50% siap, lebih awal daripada yang dijangkakan.