Skip to main content

Bola Sepak

Masih terlalu awal tentukan Presiden FAM, Hamidin tagih restu keluarga

hamidin

Kempen untuk menentukan siapa yang bakal mengisi kerusi panas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih terlalu awal.

Bagaimanapun, rentetan daripada isu audit oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain menyaksikan calon Presiden baharu yang bakal menerajui badan induk itu perlu berfikir panjang sebelum menerima mandat berkenaan.

Banyak perkara yang perlu melalui keputusan Presiden serta jawatankuasa eksekutif yang baharu.

Sebagai contoh, dari awal lagi Presiden Kehormat, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, bertegas hanya Kabinet yang baharu itu akan menjawab dan menyelesaikan isu tujuh pemain tidak sah berkenaan, selain usul mengembalikan semula skuad kebangsaan kepada FAM dan perlaksanaan perlembagaan baru.

"Kedudukan Presiden ini bukan sesuatu yang mudah. Kita tahu tempat itu dahulu hanya duduki oleh orang besar," kata Hamidin seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya pernah berada di sana hampir enam tahun, jadi saya ambil keputusan bahawa ia sudah cukup untuk saya pergi.

"Tetapi ahli gabungan kemudian meminta saya untuk menjadi Presiden Kehormat bagi memberikan nasihat dan saya lebih suka seperti itu.

"Jadi, saya rasa kita patut beri peluang kepada mereka yang sepatutnya. Beri peluang untuk setiap ahli gabungan memilih siapa yang sepatutnya.

"Sama ada saya bertanding atau tidak, kita tunggu dan lihat.

Bagi Hamidin, jika dia perlu melakuakan kemunculan semula sebagai presiden FAM, ia hanya akan berlaku jika ia mendapat restu isteri dan anak-anaknya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video