Skip to main content

Muay Thai

ONE Championship: Lepas penumbuk datang, saya terus gelap -- Wan Muhammad Sabri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan muhammad sabri

Petarung muay thai negara, Wan Muhammad Sabri, akur dengan kekalahan Knock-Out (KO) kepada petarung Jepun, Ramu Araya, dalam pusingan ketiga pertarungan ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok malam tadi.

Dalam penampilan perdananya itu, Wan Muhammad Sabri menguasai dua pusingan pertama dan dilihat dapat mengumpulkan lebih banyak mata berbanding lawan tetapi satu kesilapan dalam pusingan ketiga mengundang padah.

Advertisement

Bagi petarung berusia 23 tahun itu, dia menganggap rezeki belum memihaknya dan akan memberikan aksi lebih baik dalam pertarungan akan datang.

"Dalam pusingan 1 dan 2, semuanya berjalan seperti dirancang tetapi dalam pusingan 3, saya terkena lutut di perut," katanya dalam sidang media.

"Perut saya jadi senak dan selepas itu, tumbukan datang secara tiba-tiba dan saya sudah tidak nampak apa, saya terus gelap waktu.

"Apabila saya sedar, pengadil sudah habiskan kiraan.

"Tiada rezeki saya tetapi tidak mengapa, saya akan mencuba yang lebih baik dalam pertarungan seterusnya."

 

Must Watch Video