Petarung wanita negara, Jihin Radzuan, memperoleh kemenangan teknikal knockout (TKO) selepas menewaskan lawan dari Brazil, Gabriela Fujimoto, dalam ONE Fight Night 40 di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.
Dia yang dikenali dengan Shadow Cat itu mencipta kemenangan TKO pertama dalam karier profesionalnya di pentas One Championship.
Advertisement
Untuk rekod, dia telah meraih Sembilan kemenangan dalam 14 pertarungan kategori Atomweight.