Skip to main content

Bola Sepak

Pemilihan FAM: Selagi ada hayat, saya mahu menyumbang kepada negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Richard

Bekas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Richard Scully, tidak menolak untuk kembali bertanding dalam pemilihan yang akan datang jika diberikan peluang.

Selain itu, pemerhati sukan negara berkenaan turut menyokong cadangan penubuhan Jawatan Kuasa Pentadbiran Teknokrasi untuk membawa lebih ramai pakar dalam sesuatu bidang spesifik ke dalam pentadbiran FAM.

Advertisement

"Sejujurnya, saya tidak ingin menguji atau mencuba nasib, saya mahu menakbur bakti kepada negara saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Dengan kewibawaan dan latar belakang yang saya ada, jika diberikan kepercayaan, saya sanggup mencurahkan bakti dan memberikan khidmat saya. Biar orang ramai yang menilai prestasi saya.

"Selagi ada hayat, saya mahu menyumbang kepada negara. Berapa peratusannya, saya tidak tahu, tetapi saya ada kemampuan untuk dan kapasiti untuk menyumbang kepada negara.

"Supaya apabila saya keluar daripada ekosistem bola sepak, saya boleh katakan yang sebagai rakyat Malaysia, saya ada sumbangan untuk kemajuan bola sepak negara."

 

Must Watch Video