Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Golf

Pesanan ibu dorong David Charles ungguli hari pertama saingan Selangor International Junior Golf Championship 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

Perkembangan Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship 2026 yang juga merupakan edisi kelima penganjuran berprestij membabitkan 10 negara handalan.

Paling mencuri tumpuan, bakat emas yang dimiliki David Charles Serdenia dari Filipina yang mengungguli hari pertama saingan.

Advertisement

Pemain amatur berusia 17 tahun itu terus cemerlang di peringkat antarabangsa apabila merekodkan keputusan positif pada hari pembukaan saingan dengan 68 pukulan, 4 dibawah par.

Namun, Charles berdepan situasi sukar pada lubang ke-13 dan ke-14 apabila merekodkan boogey.

Pada ketika itu, Charles teringat kata-kata azimat ibunya yang tidak dapat hadir pada kejohanan kali ini.

"Ibu saya berpesan jangan risau dengan pukulan teruk, kerana saya memiliki banyak lagi lubang. melakukan pukulan teruk itu memang sebahagian daripada golf," katanya.

Bakat luar biasa Charles hadir daripada kasih sayang ibunya, Ana Maria Legaspi yang juga merupakan 'caddey' di Manila.

Ana Maria menjadi caddey selama 25 tahun dan menyalurkan kefahaman sukan golf kepada Charles.

Meskipun lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, namun perkara itu tidak menjadi penghalang buat Charles menyinar.

Malah, disebalik kisah sukar mengejar cita-citanya itu, kesukaran kehidupan sewaktu kecil menjadikan charles pemain yang lebih kental fizikal dan mental.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Charles menyertai kejohanan ini dan muncul antara pemain yang berpotensi sambar kejuaraan hasil didikan dan dorongan ibu tercinta di Filipina.

"Ibu saya caddey di Manila, dia sentiasa menyokong saya Ketika saya bermain golf. Saya gembira dengan sokongan ibu saya.

"Saya berhenti seketika kerana perlu ke sekolah, dia bekerja keras untuk adik-beradik kami sebelum Kembali dalam sukan ini." jelasnya.
 

Must Watch Video