Skip to main content

Bola Sepak

PGAM Satellite Tour: Tiga beradik ukur kemampuan saingi pemain profesional

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

'The Hadi Brothers' yang terdiri daripada Nor Heikal, Nor Harith dan Nor Haqiem sedia gegar Kelab Golf Seri Selangor bermula 11 hingga 14 Februari ini bagi Kejohanan PKNS Selangor Masters.

Persiapan rapi selama dua minggu termasuk pencapaian cemerlang dalam PGAM Satellite Tour pada Khamis lalu menjadi pemangkin semangat tiga beradik ini untuk meneruskan momentum terbaik, sekali gus mahu menamatkan saingan dalam kelompok 10 teratas.

Advertisement

Siri Jelajah PGAM peringkat kedua di Kelab Golf Impian, Kajang itu menyaksikan Nor Heikal menjuarai kategori profesional, Nor Harith di tempat keempat sementara Nor Haqiem memenangi kategori amatur.


Penampilan keempat dalam PKNS Selangor Masters, Nor Heikal selaku abang sulung nekad menebus kekecewaan musim lalu apabila gagal layak ke aksi hari terakhir, sekali gus terpaksa menutup saingan lebih awal.

"Saya sudah membuat persiapan selama dua minggu dan bersedia untuk menghadapi kejohanan pada minggu ini.

"Tahun lalu saya terlepas 'cut' dan 2024 pula berjaya.

"Jadi saya mahu menamatkan persaingan dalam kalangan 10 teratas," kata Nor Heikal.

Bagi Nor Haqiem pula, PKNS Selangor Masters kali ini menghadir dengan motivasi berbeza buatnya untuk tidak mensia-siakan peluang bertanding apabila menerima panggilan layak menyertai senarai peserta pada saat-saat akhir.

"Saya mendapatkan menyertai Masters Selangor pada saat-saat akhir. Saya menyasarkan untuk meraih cut dalam kejohanan ini.

"Saya mahu mengukur kemampuan ketika bersaing di samping pemain handalan.

"Ini pentas pendedahan yang besar buat saya dan saya mahu menilai mutu permainan pemain profesional agar dapat mengikuti jejak langkah mereka," katanya.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video