Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Portugal bertemu Congo, Mampukah Cristiano Ronaldo dekati rekod Messi?

Piala Dunia 2026: Portugal bertemu Congo, Mampukah Cristiano Ronaldo dekati rekod Messi?

Piala Dunia 2026 terus menjadi pentas buat dua legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, untuk menambah koleksi rekod masing-masing.

Selepas Lionel Messi meledak hatrik ketika membantu Argentina menewaskan Algeria 3-0, kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, kini berpeluang memberikan jawapan apabila mengetuai skuad Selecao menentang Congo dalam aksi Kumpulan J.

Hatrik Messi bukan sahaja memastikan kemenangan Argentina, malah menyaksikan pemenang lapan kali Ballon d’Or itu menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan 16 gol, sekali gus menyamai pencapaian legenda Jerman, Miroslav Klose.

Kini tumpuan beralih kepada Ronaldo yang masih belum menemui sentuhan jaringan dalam kempen Piala Dunia 2026.

Setakat ini, Ronaldo telah mengumpul lapan gol daripada 22 penampilan dalam lima edisi Piala Dunia bermula 2006 hingga 2022.

Menariknya, kesemua lapan gol tersebut dijaringkan pada peringkat kumpulan, manakala bintang berusia 41 tahun itu masih belum pernah menjaringkan gol di peringkat kalah mati sepanjang karier Piala Dunia beliau.

Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain lelaki pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia berturut-turut iaitu pada 2006, 2010, 2014, 2018 dan 2022.

Kini, dia berpeluang menambah koleksi jaringan itu apabila Portugal turun sebagai pilihan utama menentang Congo.

Di atas kertas, Portugal memiliki kelebihan besar dari segi pengalaman, ranking dunia dan kualiti pemain. Selain Ronaldo, pasukan kendalian Roberto Martinez turut dibarisi pemain berkualiti seperti Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Rafael Leao dan Joao Neves.

Namun Congo dijangka bukan lawan yang mudah. Wakil Afrika itu terkenal dengan corak permainan fizikal serta disiplin bertahan yang mampu menyukarkan mana-mana pasukan.

Bagi Ronaldo, perlawanan ini bukan sekadar mengenai tiga mata. Ia juga peluang untuk mengurangkan jurang dengan Messi dalam carta penjaring terbanyak Piala Dunia.

Dengan Messi kini sudah mengumpul 16 gol, Ronaldo masih ketinggalan lapan jaringan di belakang pencabar utamanya itu.

Walaupun agak mustahil untuk mengejar rekod tersebut dalam satu kejohanan, setiap gol yang dijaringkan akan terus mengukuhkan legasi Ronaldo sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak.

Apa yang pasti, jutaan peminat di seluruh dunia akan memerhatikan sama ada Ronaldo mampu menambah koleksi gol Piala Dunia beliau atau Messi akan terus meninggalkan pesaing lamanya itu dalam perlumbaan statistik paling berprestij di pentas bola sepak dunia.

Rekod Cristiano Ronaldo di Piala Dunia

* 2006 (Jerman): 1 gol vs. Iran)
* 2010 (Afrika Selatan): 1 gol (vs. Korea Utara)
* 2014 (Brazil): 1 gol (vs. Ghana)
* 2018 (Rusia): 4 gol (Hatrik vs. Sepanyol, 1 gol vs. Maghribi)
* 2022 (Qatar): 1 gol (vs. Ghana)

Jumlah:Lapan gol daripada 22 penampilan

Rekod Lionel Messi di Piala Dunia

* 16 gol (rekod bersama Miroslav Klose)
* Baru meledak hatrik menentang Algeria pada Piala Dunia 2026

Portugal dijangka turun dengan misi wajib menang, manakala Ronaldo pastinya mahu memastikan namanya kembali menghiasi senarai penjaring dan menghidupkan semula perdebatan abadi antara dirinya dan Messi di pentas terbesar bola sepak dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video