Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Detik bersejarah buat Malaysia, 46 negara 'hangatkan' saingan di Nilai

Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Detik bersejarah buat Malaysia, 46 negara 'hangatkan' saingan di Nilai

Malaysia bakal mencipta detik bersejarah apabila kembali dipilih sebagai tuan rumah pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Nilai selepas lebih dua dekad.

Kejohanan yang membuka tirai pada 24 April itu akan dirasmikan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sekali gus menambah lagi prestij dan signifikan penganjuran di laman sendiri.

Advertisement

Skuad negara turun dengan keyakinan tinggi, terutama selepas kejayaan Azizulhasni Awang meraih emas acara keirin di Perth bulan lalu dengan catatan 9.862 saat, selain turut membawa pulang pingat gangsa dalam acara pecut.

Saingan kali ini menyaksikan penyertaan 370 pelumba dari 46 negara, termasuk kehadiran bintang sensasi dunia, Harrie Lavreysen, juara Olimpik lima kali dari Belanda yang dijangka menjadi antara tumpuan utama kejohanan.

"Kalau saya tidak silap, hanya 32 negara menyertai Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Perth, Australia. Berdasarkan angka terkini, saya boleh beri jaminan 46 negara telah sahkan penyertaan di Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 Kuala Lumpur.

"Saya sangat bangga dengan pencapaian ini. Saya harap lebih ramai pelumba bersetuju untuk sertai kejohanan di Velodrom Nasional, Nilai nanti," katanya.

Beraksi di laman sendiri, fokus Malaysia bukan sahaja untuk memberikan saingan kompetitif hingga ke peringkat akhir, malah memburu mata ranking penting sebagai laluan ke Sukan Olimpik 2028.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Amarjit Singh Gill, mengakui cabaran utama skuad negara adalah persaingan sengit daripada barisan pelumba elit dunia.

Namun, beliau tetap optimis dengan kekuatan dan pengalaman yang dimiliki pelumba negara, sambil menekankan kepentingan konsistensi dalam setiap acara bagi memastikan kejayaan mampu dilakar di bumi sendiri dari 24 hingga 26 April ini.

Topik Berkaitan

Must Watch Video