Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Terkini: Seorang lagi pemain warisan bakal perkuat Harimau Malaya

FAM

Harimau Malaya terus menerima kekuatan baharu?

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam satu temu bual di segmen Meledak Nadi Arena melaporkan bahawa ada satu lagi pemain berdarah campuran bakal menghiasi kem skuad negara nanti.

Advertisement

"Saya difahamkan ada seorang lagi pemain berdarah campuran akan memperkuat pasukan kebangsaan.

“Ini bukan daripada Brazil dan juga Argentina. Ini adalah darah warisan kita. Kalau warisan itu, kita boleh katakan daripada England atau Australia,” katanya.

Perkongsian eksklusif itu terus menghangatkan sosial media oleh peminat tempatan dengan persoalan siapakah pemain tersebut.

Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, sebelum ini turut mengesahkan bahawa pemain import Kuala Lumpur (KL) City dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Giancarlo Gallifuoco dan Bergson Da Silva, akan menjadi tonggak naturalisasi terbaru untuk panggilan Harimau Malaya yang seterusnya selepas melengkapkan proses dokumentasi.

Teruskan bersama Stadium Astro untuk infomasi terkini melibatkan berita sensasi ini.  
 

Must Watch Video