Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Masih banyak kerja rumah nak capai standard antarabangsa -- Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

"Masih banyak kerja rumah yang perlu kami lakukan."

Itu reaksi ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, meskipun pasukannya layak ke pentas suku akhir Piala Malaysia 2025/2026 selepas atasi Kelantan The Real Warrior dengan keputusan agregat 5-1, malam tadi.

Advertisement

Jelasnya, setiap perlawanan adalah proses pembelajaran dan dia percaya Gergasi Merah berada di landasan terbaik untuk mencapai tahap prestasi yang optimum.

Ujar bekas pengendali Harimau Malaya itu, masih ada ruang penambahbaikan yang perlu diatasi Selangor dalam usaha memastikan The Red Giants bukan sahaja mampu bersaing di peringkat domestik, malah antarabangsa.

"Kami perlu tingkatkan setiap posisi, pergerakan terlalu lembab dan kami perlu mencapai tahap antarabangsa.

"Kami merombak lima pemain yang sudah lama tidak beraksi dan tidak mempunyai minit permainan yang mencukupi.

"Sesetengahnya saya amat hormati tapi beberapa pemain benar-benar perlu memikirkan (nasib) sendiri, betapa banyak yang perlu diperbaiki untuk capai tahap yang sama.

"Kami perlu bersaing sengit sesama sendiri," katanya.

Justeru, Pan-gon menggesa barisan pemainnya untuk meningkatkan prestasi dan bersaing secara sihat bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama demi mewujudkan kelompok pemain yang berkualiti.

Dia mengakui calon lawan mereka dalam suku akhir, baik Negeri Sembilan mahu pun Imigresen memiliki kualiti yang tersendiri.

"Mana-mana pasukan sangat sukar. Kami perlu hormati mereka dan melakukan persiapan rapi," katanya lagi. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video