Bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng, tidak pernah diabaikan mana-mana pihak, malah sering mendapat perhatian badan bertangungjawab antaranya Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Sepanjang minggu ini, tular video Koh Lee Peng menangis ketika menjual di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur (KL) -- dan atas faktor itu YAKEB bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, hadir ke kediaman bekas jaguh negara tersebut.
Advertisement
Difahamkan, tekanan perasaan dalam menjalani kehidupan seharian menjadi punca utama Lee Peng menangis dan bukannya kerana diabaikan.
Susulan kejadian tersebut, YAKEB menghantar Koh Lee Peng mendapatkan rawatan pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kunjungan YAKEB dan Mordi Bimol turut menyalurkan bantuan sebanyak RM1000.00
Ziarah Kasih YAKEB bersama Timbalan Menteri Belia & Sukan, Mordi Bimol kepada Koh Lee Peng (bekas atlet renang para negara).
Lee Peng menjadi mangsa langgar lari bulan lalu sehingga menyebabkan kerosakan kerusi roda eletrik miliknya.@ASTROARENA pic.twitter.com/HW3WVyEL58— karlnunis (@_karlnunis) May 14, 2026
"Selepas insiden yang tular, ramai orang cuba menyebarkan perkara negatif dengan menyalahkan pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana tidak menjaga kebajikan atlet.
"Hari ini kami bukan ingin memberi bantuan semata, malah untuk mengetahui apakah sebenarnya berlaku.
"Dia mengaku bukan pertama kali berlaku.
"Kadang-kadang mengalami tekanan perasaan. Dia cuma mahu melepaskan apa yang difikirkan," katanya.