Dengan saingan Liga Super bakal melabuhkan tirai pada bulan depan, ia memasuki berita tentang kontrak dan perpindahan pemain menjelang musim hadapan.
Menerusi laporan tempatan, Kelab Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) mengorak langkah awal apabila sedang berbincang untuk menandatangani beberapa pemain baharu bagi persediaan musim baru.
Advertisement
Wakil Brunei itu dalam satu kenyataan memberitahu sedang menawarkan kontrak kepada dua pemain tempatan dan salah satunya dari Johor Darul Ta'zim (JDT).
Persoalannya, siapakah akan meninggalkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI)?
DPMM are targeting a JDT midfielder and also 🇬🇠Albert Amoah. pic.twitter.com/W9Mj3tRAt8
— Kapisan Club (@kapisanclub) April 19, 2026
Sebelum ini, tiga pemain tempatan berkelana bersama DPMM iaitu Fairuz Zakaria, Tommy Mawat dan bintang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad.
Ketika ini, pasukan itu menghuni tangga kelapan Liga Super dengan pungutan 22 mata.
