Skip to main content

Advertisement

Hoki

The Speedy Tigers beri pendedahan pemain muda

j

Pemerhatian dan analisa terperinci ketua jurulatih skuad hoki negara, Brendon Carolan, sepanjang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026 membawa kepada keputusan yang bakal diumumkan pada 18 Mei hadapan, iaitu senarai pemain yang dipanggil untuk melaporkan diri bagi kem latihan pusat sebagai persiapan mengharungi tiga kejohanan utama dalam tempoh lima bulan ini.

Saingan LHM akan berhenti seketika bagi memberi laluan buat program The Speedy Tigers menuju kempen Piala Negara-Negara, disusuli Piala Dunia dan Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Advertisement

Dalam tempoh ini, Brendon memberi bayangan untuk mempertaruhkan empat pemain muda daripada skuad Piala Dunia Remaja yang lalu sebagai pendedahan peralihan ke skuad utama.

Jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu memiliki kepakaran sains sukan berprestasi tinggi yang seiring dengan tuntutan hoki moden ketika ini.

Brendon berperang dengan masa untuk meremajakan skuad The Speedy Tigers agar kekal relevan di pentas antarabangsa.

"Mereka harus diberikan peluang untuk membina keyakinan sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Asia.

"Saya membahagikan pasukan kepada dua peringkat umur sambil mendapatkan keseimbangan dalam pasukan.

"Pemain muda ini juga dipersiapkan untuk mengisi ketiadaan pemain senior kelak," katanya.

 

Must Watch Video