Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Aaron Chia-Tee Kai Wun harapan jelma formula emas 2006

ggg

Dua dekad selepas mencipta keajaiban pingat emas melalui Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berharap sejarah itu mampu diulangi menerusi Aaron Chia-Tee Kai Wun.

Rexy menyifatkan gandingan bidan terjun ini berpotensi mengulangi kejayaan Malaysia dalam temasya di Doha pada 2006.

Meskipun laluan bakal ditempuh pasti bukan mudah tetapi tiada yang mustahil, dan Rexy Mainaky percaya Aaron-Kai Wun sedar cabaran yang digalas untuk menamatkan kemarau emas 20 tahun badminton negara di pentas Sukan Asia.

Pertaruhan gandingan baru sekali lagi menjadi sandaran Malaysia dalam misi memburu emas badminton dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.

Peluang telah diberikan, kini terpulang kepada pemain sendiri untuk memanfaatkan ia sebaik mungkin dengan aksi terbaik.

"Kami mengharapkan mampu mengulangi kejayaan Sukan Asia 2006 tapi ini bukan mudah.

"Kalau mereka dalam keadaan OK dan tidak berada dalam tekanan tinggi dan berdasarkan tahap kemampuan, mereka mampu melakar kejayaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Keputusan itu dibuat secara bersama selepas memalui perbincangan dengan pihak pengurusan, jurulatih serta mendapatkan sendiri pandangan pemain.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video