Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia: Kalau menang emas, saya akan -- kata Farhan Adam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepak takraw, Sukan Asia

Farhan Adam belum terlintas untuk bersara dalam soal perjalanan kariernya di pentas antarabangsa tatkala apit kiri kebangsaan itu bakal mencecah usia 38 tahun ini.

Buat masa ini, dia fokus dengan persiapan menuju Sukan Asia Aichi–Nagoya pada September depan.

Advertisement

Jelas ketua pasukanb kebangsaan itu selagi mana khidmatnya ditagih, dia sedia untuk menabur bakti buat Malaysia.

Untuk rekod, Emon muncul antara watak penting ketika Malaysia mencipta sejarah menamatkan penantian 34 tahun negara untuk merangkul pingat emas acara berpasukan Sukan SEA Thailand, Disember tahun lalu.

"Jika ditakdirkan saya menang emas Sukan Asia, barulah saya akan fikir (langkah) yang seterusnya.

"Kalau bersara, saya akan berehat setahun dua kemudian barulah pergi ke bidang kejurulatihan," katanya. 

Must Watch Video