Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Pearly-Thinaah kandas, tiada lagi wakil negara

pearly thinaah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China apabila tewas kepada gandingan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di Changzhou sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, beregu negara itu bermula perlahan sehingga ketinggalan 2-8 dan biarpun berhasil mengejar kedudukan 11-11, mereka kemudian terpaksa akur dengan kekalahan 16-21.

Perlawanan berlangsung sengit dalam set kedua tetapi menuju ke pertengahan permainan, Pearly dan Thinaah sekali lagi jauh ketinggalan 7-15.

Usaha mereka untuk mengejar kedudukan tidak berhasil untuk akhirnya akur sekali lagi tewas dengan keputusan 16-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.

Tersingkirnya Pearly dan Thinaah menyaksikan tiada lagi wakil negara akan bersaing dalam pusingan separuh akhir esok.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video