Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, ditunjukkan jalan keluar oleh lawan elit dari Indonesia, ajar Alfian-Shohibul Fikri, dalam saingan suku akhir, Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026, sebentar tadi.
Wakil negar memberikan cabaran sengit kepada lawan, namun terpaksa akur tewas melawan 18-21 sebelum kembali mengheret lawan ke set penentuan selepas meraih kemenangan 21-10 dalam set kedua.
Set penentuan menyaksian kedua-dua beregu lebih berhati-hati dalam membuat pukulan, namun beberapa unforce error yang dilakukan DinFei menghukum mereka untuk tewas 14-21 sekali gus tersingkir daripada kejohanan berstatus Super 750 itu.