Langkah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terhenti selepas terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal selepas Ee Wei mengalami kecederaan pada lutut kaki kirinya.
Mereka mendahului 18-15 ketika berdepan lawan dari India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto, dalam pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026, sebelum terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri sebentar tadi.
Ee Wei terjatuh ketika membalas pukulan lawan semasa mendahului 15-14. Meskipun telah mendapatkan rawatan di tepi gelanggang namun langkahnya kelihatan terbatas.

Comeback stronger The Little Gansters!