Skip to main content

Badminton

Terbuka Thailand: Lee Zii Jia melangkah ke pusingan 32

ss

Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, dilihat berada dalam momentum terbaik selepas melepasi saingan pusingan kelayakan untuk mengesahkan slot ke pusingan 32 terbaik, Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2026 di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.

Dia terlebih dahulu mudah menewaskan lawan dari India,  Manav Choudhary, dalam pusingan kelayakan pertama sebelum menyingkirkan wakil Chinese Taipei, Liao Jhuo Fu, menerusi aksi 21-16,21-13, dalam pusingan kelayakan kedua.

Advertisement

Juara dalam dua edisi -2022 dan 2024- Terbuka Thailand itu akan turun esok dalam kejohanan Super 500 itu.

Must Watch Video