Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI Final UCL: Penantian pertama kali dalam sejarah musnah, Arsenal gagal! PSG juara buat kali kedua

UCL

PSG 1 (4) ARSENAL 1 (3)

Paris Saint-Germain (PSG) mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Arsenal dalam perlawanan akhir, sebentar tadi

The Gunners terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi penyerang sensasi, Kai Havertz, apabila larian pantasnya menghasilkan impak positif sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Matvey Safonov untuk berada di hadapan. 

Untuk rekod, pemain kebangsaan Jerman itu kembali mencetak gol di pentas final selepas kali terakhir melakukannya bersama Chelsea untuk menjuarai edisi 2021 mengalahkan Manchester City.

Usai memiliki kelebihan jaringan, skuad kendalian Mikel Arteta mengubah taktikal dengan menampilkan corak bertahan dan tidak terburu-buru menambah gol. 

Juara bertahan yang mengamalkan konsep menyerang sepenuh masa gagal memecah kebuntuan, sebaliknya memasuki bilik persalinan dengan ketinggalan 0-1 selepas tamat separuh masa pertama. 

Memasuki babak kedua, pasukan bimbingan Luis Enrique terus mengasak juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi mengimbangi aksi terakhir musim itu, namun benteng pertahanan Arsenal kekal berdisiplin menafikan sebarang percubaan. 

Titik kebangkitan PSG hadir pada minit ke-64 apabila Ousmane Dembele menyempurnakan penalti susulan Khvicha Kvaratskhelia dijatuhkan untuk kedudukan seri 1-1. 

Arsenal kembali dalam pergelutan untuk mencari gol pendahuluan, namun PSG lebih unggul dengan mengawal keseluruhan statistik permainan. Kedua-dua pasukan bertukar serangan tetapi tidak berjaya menemui jaringan tambahan. Tamat 90 minit menyaksikan PSG-Arsenal seri 1-1 dan aksi berlanjutan ke masa tambahan.

Suhu permainan semakin meningkat dengan kedua-dua intensiti terus menghangatkan suasana Puskas Arena, Budapest, Hungary. 

PSG sukar untuk menembusi Tembok Besar Arsenal dengan beberapa percubaan tidak memberikan sebarang kelebihan.

Arsenal hampir menemui jaringan pada minit akhir tambahan masa tetapi segalanya tidak menjadi dan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. 

Tahukah anda? Ini adalah kali pertama final UCL dipanjangkan ke penentuan sepakan penalti selepas kali terakhir pada 2016 antara Real Madrid menentang Atletico Madrid. 

Pemain gantian, Eberechi Eze, gagal melunaskan penalti pada sepakan kedua, sebelum David Raya menebus kesilapan rakannya dengan melakukan penyelamatan penting menepis sepakan daripada pertahanan PSG.

Gabriel Magalhaes menjadi punca kekalahan Arsenal selepas sepakan terakhir darinya melambung tinggi, sekali gus mengangkat pasukan dari Perancis itu bergelar juara untuk dua edisi berturut-turut.

Arsenal terpaksa berputih mata menanti lebih lama apabila penantian ternyata belum berakhir untuk merangkul trofi paling berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah. Mereka mengulangi pencapaian pada 2005/06 untuk bergelar naib juara. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video