Skip to main content

Olahraga

VTF 2026: PODIUM REJAM LEMBING MILIK UM & UC TATI

VTF 2026: PODIUM REJAM LEMBING MILIK UM & UC TATI

Universiti Malaya menepati ramalan untuk sekali lagi mendominasi podium bagi acara rejam lembing Varsity Track & Field(VTF 2026) Siri 2 setelah merangkul pingat emas dan gangsa  di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu pada lewat petang kelmarin(6 Jun 2026).

Pingat emas milik Cheah Wei Jun dengan jarak rejaman sejauh 59.40 meter sekaligus memperbaiki rekodnya sewaktu aksi siri pertama VTF 2026 pada april lalu yang merangkul pingat perak untuk 54.66 meter.

Manakala rakan sepasukan, Tan Jing Yi masih kekal mempertahankan pingat gangsa yang turut dimenangi pada siri lalu dengan jarak rejaman terkini sejauh 51.65 meter.

Pendatang baru Addib Eiqram Mu’izzuddin yang mewakili UC TATI dilihat sebagai pencabar baharu di pentas VTF 2026 setelah berjaya merangkul kemas pingat perak dengan catatan rejaman sejauh 52.04 meter.

“Sebenarnya ini penampilan pertama saya di pentas VTF setelah ketinggalan untuk beraksi di siri pertama pada April lalu dan saya amat bersyukur pingat pertama untuk UC TATI ini. Seterusnya saya amat mengharapkan untuk beraksi siri seterusnya untuk SUKIPT nanti,” ujar Addib Eiqram Mu’izzuddin yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan Diploma Sukan Rekreasi di UC TATI.

Siri ketiga VTF yang juga merupakan sebahagian dari acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi(SUKIPT) yang dijadualkan untuk berlangsung di Universiti Malaya pada Ogos nanti.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video