Atlet hoki remaja negara, Nik Jeremy Haidi Nik Feizal, dianugerahkan sebagai Ikon Kecemerlangan: Murid Terbaik SPM 2025 bagi aliran sains Sijil Pelajaram Malaysia (SPM) dalam kalangan pelajar Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
Ini selepas penjaga gol remaja itu memperoleh 9A (5A+ 4A) dalam keputusan SPM yang dikeluarkan semalam.
Advertisement
Nik Jeremy Haidi pernah mencipta sensasi muncul pemain termuda beraksi dalam Kejohanan Piala Tun Abdul Razak edisi 2023, di mana dia membantu Kuala Lumpur bergelar juara pada ketika usianya baru 15 tahun.
Nik Jeremy Haidi, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (Hoki) muncul murid terbaik (SPM) aliran sains 9A (5A+ & 4A).
Jeremy yang beraksi di posisi penjaga gol pernah cipta sensasi muncul pemain termuda beraksi di Piala Tun Abdul Razak 2023 pada usia 15 tahun.
@ASTROARENA pic.twitter.com/qR3J5t4EZO— karlnunis (@_karlnunis) April 1, 2026
