Skip to main content

Para ASEAN

Cheah Liek Hou terima pengiktirafan tidak terduga, terima kasih MSWP

badminton

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo dan Paris, Cheah Liek Hou, menzahirkan kekesalan terhadap isu perang Asia Barat, hingga mendorong penangguhan Kejohanan Antarabangsa Para Badminton Dubai.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan momentum pemain serba boleh itu kerana misinya untuk Sukan Para Asia Aichi-Nagoya dari 18 hingga 24 Oktober depan terus bernyala.

Advertisement

Sebelum ke Sukan Para Asia, Liek Hou terlebih dahulu akan beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Para Badminton Perancis pada bulan depan di sebalik kejohanan di Dubai sah ditunda.

"Saya baru pula menyertai satu kejohanan tahap satu di Sepanyol.

"Saya ada tempoh dua bulan untuk persediaan untuk menghadapi pertandingan di Perancis di Ireland. Selepas itu saya akan buat fokus persediaan Sukan Para Asia," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Insentif Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025 di Ibu Negara, hari ini.

"Saya tak sangka dapat pengiktirafan sebanyak ini. Saya sangat menghargainya," katanya.

 

Must Watch Video